Wednesday, October 13, 2010

Penjagaan Sistem Brek

Penjagaan Sistem Brek!

brembo Penjagaan Sistem Brek!
Dah lama tak bercerita mengenai dunia Automotive. Kali ni nak kongsikan tip teknikal  mengenai PENJAGAAN SISTEM BREK. Mula – mula kita lihat sistem Asas brek. Sistem asas brek ini terdiri daripada beberapa komponen utama contohnya seperti ‘disk’ atau ‘drum’, angkup, pelapik brek, saluran minyak, pam vakum, takung minyak dan pedal brek.
Semua komponen – komponen tadi mempunyai fungsi – fungsi atau tugas – tugas yang tersendiri agar sesebuah kenderaa dapat berhenti dengan cepat dan serta merta apabila diperlukan.
Untuk memastikan keseluruhan sistem brek berada dalam keadaan terbaik, beberapa kaedah pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan dari masa ke semasa. Cara – cara pemeriksaan adalah seperti berikut.
  • Setiap bulan, anda perlulah memeriksa paras minyak brek kenderaan anda, pasti minyak berada di paras antara minimum dan maksimum.
  • Sekiranya anda melihat minyak brek anda terlalu kotor , apakata anda berjumpa dengan mekanik anda dan meminta beliau menukarkan minyak brek tersebut. Kaedah ‘flush’ juga boleh dibuat jika perlu. Minyak yang terlalu kotaor boleh menyebabkan kegagalan sistem brek berfungsi dengan baik.
  • Pastikan spesifikasi minyak brek yang ditambah adalah betul. Dot3 adalah untuk kegunaan berat terutamanya pada kenderaan berprestasi tinggi. Kalau tak faham cari pomen atau mekanik anda untuk kepastian yang lebih mengenai jenis minyak yang ingin digunakan. Ini amat penting dilakukan kerana kesilapan menggunakan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek mengalami kerosakan terutama pada ‘seal’ yang diperbuat daripada getah.
  • Periksa keadaan pelapik brek setiap 6 bulan. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. sekiranya terdapat kesan haus tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek, Kemungkinan tekanan yang dikenakan tidak sama dan ini sangat merbahaya ketika membrek dalam kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan pada ‘drum’ brek.
  • Laraskan kedudukan padel brek mengikut kesesuaian dan keselesaan bagi mengelakkan ia terlalu jauh atau terlalu dekat untuk ditekan.
  • sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek pada mana – mana bahagian, jangan ambil mudah kerana kebocoran yang kecil mungkin menjadi besar akibat tekanan yang dikenakan ke atasnya ketika membrek.
  • Kesan calar yang terlalu banyak pada disk  boleh menghalang pelapik brek mencengkam dengan baik. Anda juga boleh menggunakan kaedah ‘skim’ sekiranya brake disk masih dalam keadaan tebal.
  • Semasa memandu, kalau boleh jangan letakkan kaki sentiasa di atas pedal brek, Dengan demikian dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
  • Semasa meneruni bukit, gunakan gear rendah bagi memperlahankan kenderaan, kadangkala apabila menuruni bukit apabila penggunaan brek yang terlalu kerap boleh mengakibatkan brek panas dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

No comments:

Post a Comment